Monday, September 6, 2010

JANGAN DI SANGKA AIR YANG TENANG TIADA 'BUAYA'

"Kak, cantik tak kasut ni...?" ujar rakanku Mimi (bukan nama sebenar)
" Cantik juga, harga nya pun boleh tahan"
"Okey lah,  saya nak yang ni..." kata Mini kepada jurujual.
"Wah.... banyak duit aok... akak tengah senggek ni... dah gaji nanti baru beli barang raya...hehehe" ujar ku...

Mimi diam.... tak lama selepas tu... baru lah dia memberitahu ku bahawa dia berkawan dengan suami orang dan lelaki itulah  memberikan duit untuk membeli barang raya. Tapi, menurut sumber yang terdekat memberi tahu aku, bahawa setiap bulan lelaki tersebut memberikan duit kepada Mimi.

Selama ini, aku selalu je tengok tv yang berkaitan dengan sugardaddy atau baca di majalah berkaitan dengan artis yang 'dipelihara' oleh datuk. Namun, aku sungguh tidak sangka ada dikalangan rakan sekerja dengan ku pun tergolong dalam golongan sedemikian.

Erm... apa nak di kata ye...? Cuba bagi coment sikit, nak kata terdesak nak kawin umur muda lagi, nak kata miskin, rasanya keluarga agak senang juga.... entah lah..  mungkin lelaki yang berkualiti sudah pupus kot. Aku pun tak faham kenapa jadi demikian, bagi aku mungkin ujian bagi kawan aku tu, dan mungkin juga ujian kepada 'ayah gulanya'......  semoga Allah melindungi mereka dari perkara yang tidak baik.


p/s : Ya Allah, tunjukkan lah kami ke jalan yang benar dan Engkau redhai.....Amin..

Monday, August 16, 2010

Alahai Perempuan.... Kenapalah cerewet sangat...?

Setelah meletak jawatan sebagai gadis pencari durian aku memegang pula jawatan sebagai jurujual. Kerja sebagai jurujual nampak senang tapi tidak lah sesenang yang disangka.

Keutamaan kami semasa bekerja adalah customer. Bagi kami customer always right dan is a king. Paling pening jika melayan pelanggan perempuan. Cerewet mereka rasa macam tahap gaban. Sampai sakit kepala aku menahan sabar

Di sini, baru aku tahu bertapa cerewetnya para perempuan ni....kadang-kadang aku tak tahu apa yang mereka cari...Atau mungkin juga, mereka pun tidak tahu apa yang mereka inginkan.. . Lepas ini kalu boleh tak mahu menjadi seperti mereka....

Jika mereka membeli kain, kalu boleh semua kain nak dibukanya, semua kain nak di rasa, padahal terang-terang dekat sample kain jenis yang sama cuma yang bezanya adalah warna sahaja. Perbezaan yang lain adalah satu lagi kat sample manakala yang satu lagi berada di dalam plastik. Kadang-kadang rasa pelik juga nakkan suatu yang berkualiti dengan harga yang murah. Disebabkan mereka banyak memilih, akhirnya mereka memberi tahu aku bahawa tak tau nak pilih yang mana satu...hehehe... kelakar pulak.

Selama aku bekerja aku jumpa sorang saje budak perempuan yang tidak cerewet. Budak tu yang tidak kisah apa yang dibelikan oleh ibunya. Yang lain semuanya ada simptom cerewet.

Kadang-kadang terfikir adakah perempuan ini memang fitrah yang sedemikian agaknya...entahla.... Semoga aku diberikan kesabaran untuk menjadi jurujual yang terbaik...

p/s : Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Tuesday, August 3, 2010

MUSIM DURIAN DATANG LAGI

                                           Gambar hiasan

Ya...... musim durian datang lagi. Alhamdulillah...Allah memberi  masyarakat sekitar Ulu Cheka rezeki buah-buahan. Buah-buahan yang lain seperti rambutan, manggis dan langsat pun menjadi juga. Aku rasa seronok  walaupun aku bukanlah penggemar durian. Kalu tidak silap aku,  tahun lepas Daerah Raub yang menjadi buah buah-buahannya..



Buat julung kalinya aku menjadi pengutip durian semula setelah hampir sepuluh tahun aku meninggalkan bidang ini. Nak buat camna, pengganggur terhormat macam aku ni pun perlu bekerja. Tapi, adui mak !!! Boleh tahan jugak penatnya... Maklumlah kawasan kebun bukannya bersih sangat, penuh dengan semak-samun. Nak tak nak terpaksa juga menggangkut durian kerana sudah tiada orang lain lagi dan nak cari duit poket. Sambil tu, aku menebas jugak sekitar pokok durian supaya mudah sikit aku mencari durian. Tapi, si sebabkan bising mengadu penat, akhirnya emakku mememulangkan paku buah kerasnya, "kala sedang ni pun tok daye, maca mane nok duduk dekat kapong..?" Adush... kena sejibik kaweh. "Kalu keje maca ni saye nok opoh orang le.. yang penting kebe saye bersih.... hehehehe " jawab ku. Dalam hati  berkata 'entah bila la... nak jadi kenyataan.'


Maklum lah....orang-orang muda semuanya telah berhijrah. Sepupu-sepupu aku semuanya telah berhijrah ke bandar,bekerja, belajar dan adikku pulak sibuk dengan anaknya , Jadi, terpaksa la aku kutip sendirian sementara ibuku menoreh getah.


Semasa mengutip durian, teringat  pulak keseronokkan mengutip durian masa kecil dulu dengan sepupu-sepupu aku, dan juga Allahyarham datuk ku. Cari durian tengah-tengah malam dan kadang-kadang sampai terlanggar pokok koko. Tapi yang tak bestnya akulah yang paling sedikit dapat durian. Sebabnya, aku selalu membuntuti orang. Itu kenangan 20 tahun yang lalu... sekarang sepupu semuanya telah dewasa. Kadang-kadang berebutnya ni seronok juga.

Namun, episod aku sebagai budak pencari durian tidak lama. Akhirnya, aku quit kerana tidak tahan dikejar oleh nyamuk, dihisap darah oleh drakula pacat, dihiris oleh lalang, di hempap durian. Tak sampai sebulan aku bekerja aku telah memberi notis berhenti 24 jam kepada pengurus kebun tu. Aku dinasihatkan oleh pegurus supaya menambahkan stamina supaya mudah untuk memikul durian.


p/s : Berat mata memandang berat lagi bahu memikul durian.... I love u mum.

Sunday, April 11, 2010

Tuah The Mystery of Akualife

10 April 2010 baru-baru ini pasukan sekolah telah menyertai pertandingan akuarium peringkat negeri Sembilan . Pertandingan ini adalah bersemperna pameran Hidupan laut yang terancam. Sekalung tahniah kepada Cikgu Cheh, pihak sekolah  dan rakan-rakanku iaitu Firdaus dan Zahidah dan pelajar yang terlibat kerana berjaya menjadi johan. Walaupun aku tidak terlibat secara lansung namun aku tetap memerhati perkembangan kerja mereka. Tanpa usaha Firdaus dan Zahidah kejayaan ini sukar dikecapi walaupun kami semua guru pelatih. Namun apa yang penting kerjasama antara pasukan. Bagi aku, inilah kekuatan guru DPLI yang tiada pada guru ijazah yang baru. Pengalaman yang ada sebelum ini boleh digunakan dalam memajukan pelajar. Syabas my friend!!! Kejayaan ini sekali gus boleh menghapuskan tanggapan orang luar tentang kualiti pelajar DPLI




Pelajar-pelajar berusaha keras untuk menghias akuarium.



Inilah akuriam yang telah di hias dengan tema 'The mistery if Akualife'


 Ini hiasan semasa sesi latihan.


Suasana  kawasan pertandingan


Adli mererangkan sesuatu kepada juri-juri.



Akhirnya, SMTDLM menjadi juara. Yeah!!! tahniah....


Mengabadikan kenagan bersama pengetua pelajar-pelajar dan GPK Koko.


Majis makan tengahari yang diadakan dalam Mini Istana. Best tau!


Akuarium yang terdapat di dalam muzium.


Nice pose daripada nemo. Tau-tau je aku nak ambil gambar dia....


Akuarium untuk kuda laut pun ada.


Pelajar dapat memancing free kerana menjadi johan.Huhuhu.. cayalah..


Thursday, April 8, 2010

Nikmat kasih sayang

Hari ini, aku aktiviti PnP aku adalah amali membuat cantuman baji dan keratan rumpun. Walau bagaimanapun latihan amali yang aku jalani telah tamat lebih awal. Maka, pelajar-pelajar aku minta untuk duduk di dalam kelas sahaja. Walau bagaimana pun terdapat segelintir pelajar yang meminta kebenaran untuk membeli air. Bukan aku tidak kasihan tetapi sudah menjadi prosedur sekolah bahawa pelajar tidak dibenarkan untuk membeli air sebelum waktu rehat. Namun terdapat pelajar yang kurang berpuas hati. Aku telah menanyakan kepada mereka kenapa tidak membawa air ke sekolah. Alasan mereka adalah tiada air di asrama. Erm… kasihan mereka… Kadang-kadang aku pun tidak faham kenapa keperluan penting pun tidak dapat disediakan… bagaimana mereka mahu belajar..? Nak mandi, solat, buang air besar….? Kadang-kadang aku juga terdengar bahawa mereka sudah beberapa hari tidak mandi, hanya spray perfume sahaja… Adus!!!! Disaat negara mencapai kemerdekaan keperluan asas untuk anak bangsa pun tidak disediakan… Ya, nampak remeh namun ia memberi kesan kepada physiology pelajar. Mereka pelapis negara seharusnya kita menjaga keperluan rohani dan jasmani mereka baru lah mereka menjadi insan yang gemilang dan terbilang…. Tak gitu? Bagi aku kebajikan pelajar perlu dijaga barulah mereka semangat nak belajar…

Kembali semula kepada pelajar yang tidak dapat membeli air tadi, bagi tidak membuatkan mereka tidak berasa kecewa aku telah memberikan mereka suntikan semangat. Hehehehe…. Macam biasa la… aku telah membawa cerita dari pengalaman aku sendiri.

Aku tidak pasti sama ada mereka suka atau tidak mendengarnya tapi aku nak cerita juga. Aku menceritakan pengalaman aku semasa berada di S.Alam, di mana aku terpaksa survive dengan keadaan yang ada. Semasa tinggal di S.Alam aku terpaksa hidup dalam keadaan yang tertekan kerana tiada duit. Duit yang ada hanyalah cukup untuk makan dan pergi kerja sahaja (perbelanjaan aku pada waktu itu hanyalah RM2 sehari, RM1=air, RM1=tambang bas), selebihnya aku akan masak nasi berlaukkan ikan bilis, telur @ kecek pada rakan2). Aku mengharungi keadaan tersebut lebih kurang 2 1/2 bulan. Terpaksa menebalkan muka dengan meminjam duit dari rakan-rakan. Terpaksa melepaskan interview kerana tiada duit untuk membayar tambang. Terpaksa menahan rasa apabila ada rakan tidak sudi meminjamkan duit walaupun dia baru sahaja terima gaji. Aku telah menguatkan diri aku bahawa ada orang lain yang lagi susah dan ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Namun di sebalik keadaan sukar tersebut akhirnya, aku dapat merasai nikmat yang sebenar Kasih Sayang Allah kepada hambaNya. Aku akhirnya mendapat gaji aku yang berjumlah RM300 itu pun setelah aku bertukar tempat kerja. Sehingga sekarang aku kadang-kadang ingin merasai kembali nikmat tersebut. Betullah Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya…. Kita akan lebih menghargai sesuatu itu apabila kita sukar untuk mendapatkannya.




Semoga anak didik ku mendapat sesuatu melalui cerita ku ini …… Insya-Allah…..Amin….

Sunday, April 4, 2010

Anak didikku

Kesempatan untuk pergi ke rumah Mak Cik di Raub hari Ahad baru-baru ini memang tidak dilepaskan peluang. Seperti sebelum, ini aku  aku akan menggunakan penggangkutan awam. Erm... dah hampir 10 tahun aku menggunakan penggangkutan awam ni. Ialah, semenjak dari sepas SPM hinggalah sekarang dah masuk umur 28. Tapi, masih tidak mampu untuk membeli kenderaan sendiri....Terima kasih KTM, Star, Union, Transnational, Pahang Lin Siong, dan Yamaha (My Mum) kerana membawa aku kemana-mana sahaja. Maklumlah selama ini aku memang menggunakan Public transport untuk ke utara, selatan, timur dan barat. Tapi seronok juga sebenarnya kalu tak percaya cubalah!

Betulah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak perkara yang aku alami sepanjang perjalanan dari Rembau ke Raub. Pada hari Sabtu, aku berkesempatan untuk ke Pekan Bentong. Tanpa diduga aku telah terserempak dengan salah sorang anak muridku. Nama dia Nur---- . Erm,, masih ingat dia lagi padaku walaupun aku mengajar mereka hanya seketika. Aku telah ketahui bahawa  Nur merupakan berdarah campuran Cina-Melayu di mana ibunya etnik Cina dan bapanya adalah etnik Melayu. Semasa saya berbual dengan Nur saya dapat merasai perbezaan lograt berbanding sebelum ini maksud saya lebih kepada ethik Cina. Saya berasa agak pelik dengan perubahan Nur. Nur tidak keseorangan kerana dia ditemani oleh ibu dan adiknya ke Kuala Lumpur. Namun dapat di perhatikan sekilas pandang bahawa perwatakan ibu dan adiknya lebih mirip kepada ethik Cina (tidak menonjolkan ciri-ciri Muslim). Melihat keadaan tersebut saya hanya mendiamkan sahaja.

Pada sebelah petang, saya berkesempatan untuk berbual  bersama rakan yang tinggal di Kuartes Polis. Banyak perkara yang kami bualkan termasuklah pertemuan aku dan Nur. Dari perbualan tersebut barulah aku ketahui bahawa kedua ibu bapa Nur telah berpisah. Menurut kawanku, Nur agak benci dengan bapanya senhinggakan tidak mahu menulis bin dengan bapanya. Menurut kawan ku lagi Nur kini tinggal bersama ibunya. Melihat keadaan tersebut aku menjadi risau. Aku masih tertanya-tanya keadaan dia.... Bagaimana agamanya..? Mengapa jadi sedemikian? Mengapa bapanya membiarkan anaknya? bagaimanakah nasib Nur setelah dewasa?

Insiden itu masih lagi kekal dalam ingatan ku, aku hingga kini aku masih terkenangkan Nur.. Namun aku hanya boleh berdoa semoga Allah melindungi dia, ibunya dan adiknya. Semoga Allah menguatkan iman mereka sekeluarga.... Amin......

Thursday, March 25, 2010

Adaptasi berakhir...

Akhirnya proses adaptasi berakhir. Saya sekarang sudah mula selesa dan boleh terima dengan sistem sekolah ini. Baru saya perasan,saya tidak selesa itu merupakan satu proses penerimaan yang mana ianyanya merupakan perkara biasa apabila kita berada di tempat yang baru.
Yahooo... I love this school...

Monday, March 1, 2010

Assalamualaikum Cikgu......

Semalam, 1 March 2010 saya telah melapor diri di salah sebuah sekolah menengah di negeri sembilan. Rasa gugup takut dan tidak keruan pada pagi tersebut. Walaupun mempunyai pengalaman menjadi  GSTT namun rasa gugup tetap terasa. Pagi-pagi lagi saya dan rakan-rakan berjumpa dengan GPK dan sama-sama ke tapak perhimpunan. Terima kasih kepada sekolah ini kerana menerima kami dalam 'Kembara Mencari Ilmu'.

Betul kata orang 'lain padang, lain belalang', 'banyak orang, banyak ragam', 'differentiated' dan apa-apa sahaja yang seumpa dengannya yang menunjukkan kepelbagaian. Allah juga telah berfirman bahawa beliau menjadikan manusia adalah untuk mengenali antara satu dengan yang lain.

Kadang-kadang terasa ingin membandingkan sekolah ini dengan sekolah-sekolah yang pernah saya ajar dahulu. Sudah pasti apa bila wujudnya perbandingan kita lebih terarah untuk mengingati perkara yang lepas, dan merasakan sekolah yang lama adalah lebih baik. Sedangkan semasa berada di sekolah yang terdahulu saya saya merasakan sekolah tersebut adalah teruk.

Begitulah, manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang ada. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita telah kita perolehi. Kita seharusnya tidak selalu membandingkan dengan yang lain lebih baik dari apa yang kita perolehi. Jika ini berlaku wujudlah rasa tidak puas hati dalam diri kita.

p/s : Hargai apa yang kira ada... dan terima seadanya...

Monday, January 25, 2010

HARGA REMAJA...

Pada 23-24 hb Jan saya telah mengikuti krusus Bina Insan Guru. Banyak juga pengalaman yang dikutip melalui program itu.... Antara slot yang saya suka adalah menyanyikan lagu yang bertajuk HARGA REMAJA... lagu ini sangat meninggalkan kesan kepada diri saya yang mana saya merasakan masa remaja saya disiakan begitu sahaja. Berikut merupakan lirik lagu tersebut :-


Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan

Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah


Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja  amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian


p/s : hargai setiap saat yang kita ada...

Saturday, January 9, 2010

Pembelajaran Yang Bermakna

Pembelajaran yang bermakna....
Saya nak imbas kembali satu kata-kata seorang guru saya dahulu. Kata-kata ini menjadi salah satu prinsip hidup saya. Kata-kata ini, diberi semasa ucapan perhimpunan sekolah nama beliau adalah En.Riduan, beliau merupakan GPK di sekolah saya. Pada waktu itu, saya di menengah rendah (tahun 1997) jika saya tidak silap.














Gambar hiasan


Kata-kata beliau adalah....' PERMULAAN YANG BAIK, AKAN MENGHASILKAN PENGAKHIRAN YANG BAIK' . Kata-kata ini masih saya pegang hingga ke hari ini....
 
Dalam sistem persekolahan di Malaysia, ramai guru-guru  agak nya melupakan perkara-perkara yang sebegini, yang mana pembelajaran yang memberi makna kepada pelajar. Walaupun 1 ayat namun ianya memberikan kesan terhadap pelajar. Namun, ianya tidak boleh dipersalahkan kepada guru 100% kerana bagi masyarakat sekolah yang berkesan apabila murid mendapat pencapaian akademik yang cemerlang.

Oleh itu, secara tidak lansung guru berusaha untuk mencapai kehendak  masyarakat. Maka, lahirlah... masyarakat yang dapat kita lihat pada hari ini dengan pelbagai masalah..... salah siapa??.... Ini semuanya disebabkan pembelajaran yang tiada makna dalam diri mereka.... Jika ada pun hanya sedikit... mereka tidak faham kenapa perlunya belajar sesuatu perkara tersebut....Alangkah ruginya kita.. menghabiskan bertahun-tahun (minina 11 tahun) di alam persekolahan namun hanya sedikit sahaja yang diperolehi untuk bekalan kehidupan, itu  belum untuk bekalan ke alam akhirat lagi.. bertapa ruginya...

Kesimpulanya pembelajaran yang bermakna adalah penting dalam diri pelajar untuk membentuk jati mereka.

p/s : Guru pelita hidup... terima kasih cikgu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails