Sunday, April 4, 2010

Anak didikku

Kesempatan untuk pergi ke rumah Mak Cik di Raub hari Ahad baru-baru ini memang tidak dilepaskan peluang. Seperti sebelum, ini aku  aku akan menggunakan penggangkutan awam. Erm... dah hampir 10 tahun aku menggunakan penggangkutan awam ni. Ialah, semenjak dari sepas SPM hinggalah sekarang dah masuk umur 28. Tapi, masih tidak mampu untuk membeli kenderaan sendiri....Terima kasih KTM, Star, Union, Transnational, Pahang Lin Siong, dan Yamaha (My Mum) kerana membawa aku kemana-mana sahaja. Maklumlah selama ini aku memang menggunakan Public transport untuk ke utara, selatan, timur dan barat. Tapi seronok juga sebenarnya kalu tak percaya cubalah!

Betulah kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Banyak perkara yang aku alami sepanjang perjalanan dari Rembau ke Raub. Pada hari Sabtu, aku berkesempatan untuk ke Pekan Bentong. Tanpa diduga aku telah terserempak dengan salah sorang anak muridku. Nama dia Nur---- . Erm,, masih ingat dia lagi padaku walaupun aku mengajar mereka hanya seketika. Aku telah ketahui bahawa  Nur merupakan berdarah campuran Cina-Melayu di mana ibunya etnik Cina dan bapanya adalah etnik Melayu. Semasa saya berbual dengan Nur saya dapat merasai perbezaan lograt berbanding sebelum ini maksud saya lebih kepada ethik Cina. Saya berasa agak pelik dengan perubahan Nur. Nur tidak keseorangan kerana dia ditemani oleh ibu dan adiknya ke Kuala Lumpur. Namun dapat di perhatikan sekilas pandang bahawa perwatakan ibu dan adiknya lebih mirip kepada ethik Cina (tidak menonjolkan ciri-ciri Muslim). Melihat keadaan tersebut saya hanya mendiamkan sahaja.

Pada sebelah petang, saya berkesempatan untuk berbual  bersama rakan yang tinggal di Kuartes Polis. Banyak perkara yang kami bualkan termasuklah pertemuan aku dan Nur. Dari perbualan tersebut barulah aku ketahui bahawa kedua ibu bapa Nur telah berpisah. Menurut kawanku, Nur agak benci dengan bapanya senhinggakan tidak mahu menulis bin dengan bapanya. Menurut kawan ku lagi Nur kini tinggal bersama ibunya. Melihat keadaan tersebut aku menjadi risau. Aku masih tertanya-tanya keadaan dia.... Bagaimana agamanya..? Mengapa jadi sedemikian? Mengapa bapanya membiarkan anaknya? bagaimanakah nasib Nur setelah dewasa?

Insiden itu masih lagi kekal dalam ingatan ku, aku hingga kini aku masih terkenangkan Nur.. Namun aku hanya boleh berdoa semoga Allah melindungi dia, ibunya dan adiknya. Semoga Allah menguatkan iman mereka sekeluarga.... Amin......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails