Tuesday, March 22, 2011

Unit SKM

Dua minggu meninggalkan Unit SKM, membuat rasa tak sabar-sabar nak pegi sekolah. Nak jumpa pelajar dan juga sayur-sayur yang di tanam.

Dari luar pagar, rasa teruja apabila pokok jagung ada yang mengeluarkan pudak dan bunga, kangkung dah membesar, kailan juga telah tumbuh. Hati lagi teruja apabila mentimun dan cili juga mengeluarkan bunga. Disebabkan asyik melihat-lihat pokok saya hampir terlupa untuk bersarapan. Seronok rasanya....

                                             Cili kulai..

                           Kangkung yang sudah membesar.

                         Mentimun mentimun pun dah berbunga.

                    Bunga mentimun, rasa macam menarik jer gambar ni.
            Pelajar-pelajar sedang membersihkan kawasan pokok naga dan nenas (tanaman intergasi)

Pokok jagung yang akan mengeluarkan hasil tidak lama lagi (Insya-Allah 2 minggu lagi boleh harvest)



p/s : Tak rugi berbudi pada tanah

Sunday, March 20, 2011

Kursus Kejenteraan Pertanian

Baru-baru ini saya mengikuti kursus kejenteraan pertanian iaitu mengendalikan Traktor 4 roda dan juga 2 roda. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak BPTV kerana mengajurkan program yang bermanfaat bagi meningkatkan kemahiran "hands on". Ia sangat membantu bagi saya yang agak baru dalam bidang ini.

Rakan guru yang tengah mempelajari cara membawa traktor. Pada sebelah petang kami diajar untuk membajak di ladang dengan menggunakan bajak putar dan bajak piring.


                             Memasang dan membuka empliment pada traktor. Bleh tahan susah. dah la p.t.o. tu berat.



Mempelajari cara mengunakan traktor 2 roda (mubota). Nasihat kawan saya kalau nak mengekol ni limit 3 kali je. Saya dan rakan-rakan guru yang perempuan buat hingga hampir melecet tangan. Maklumlah rasa dah pusing sepenuh tenaga tapi traktor ni tetap tak hidup juga.


                                          Suka gambar ni, macam guna camera mahal jer.


                                         Nampak macam senang, tapi agak sukar bagi yang belum biasa.



Pelajar dilarang untuk meniru aksi ini. Cikgu ini merupakan 'orang bendang' jadi dah biasa buat seperti ini. Tujuannya adalah untuk memastikan mata pisau masuk lebih ke dalam.


 Ejin 4 Lenjang yang perlu dibuka dan di pasang oleh setiap peserta.

                  Cikgu ini dengan seronok membuka enjin, "jangan sampai skrew hilang ye cikgu'

Komponen-komponen dalam enjin yang terdapat dalam sebuah enjin 4 lejang. Di atur dengan baik supaya senang untuk pasang semula.


Mesin rumput antara contoh mengunakan enjin 2 lejang.
                                                                                       Rakan yang cuba untuk membuka blok mesin rumput.


                                                   Komponen yang telah dileraikan.
              

p/s : Semoga selepas kursus ini rakan-rakan guru dapat mengajar dengan lebih baik.

SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Bersempena dengan Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W  sekolah saya mengadakan Sambutan Maulidurasul peringkat sekolah. Aktiviti  yang dijalankan adalah Tadarus Al-Quran, syarahan, perarakan dan pertandingan membuat bena. Kelas saya pun tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dalam menyiapkan bena.

Sudah dimaklumi oleh semua bahawa pelajar-pelajar kelas saya merupakan pelajar yang bermasalah di dalam kelas dan tidak meminati bidang akademik. Sebagai guru yang bertanggungjawab agak risau samaada mereka boleh memberikan komitmen atau tidak.

Namun, sangkaan saya meleset, setelah diperhatikan mereka merupakan seorang berbakat, rajin dan boleh memberikan komitment jika diberikan tunjuk ajar dan peluang. Berikut merupakan gambar sebelum dan semasa Sambutan Maulidurrasul. Jauh disudat hati saya bangga dengan mereka.


                                             Pelajar ini suka mewarna rupanya, sampai tidak mahu rehat disebabkan asyik    mewarna


                                           
                                            Suka dengan ketekunan pelajar ini, tak sangka merupakan seorang yang teliti.



                                                 
                                                     Pelajar ini pula rupanya mempunyai bakat melukis.

                                           Ini lah hasil keja mereka.


     Bena dari pada kelas 4 HHl 1 dan 2       
                                          Bena dari 4 PLP dan 4 JRA


                                         Pemandangan sewaktu proses penilaian bena.


p/s : Semoga anak muridku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat... Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails