Sunday, March 20, 2011

SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Bersempena dengan Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W  sekolah saya mengadakan Sambutan Maulidurasul peringkat sekolah. Aktiviti  yang dijalankan adalah Tadarus Al-Quran, syarahan, perarakan dan pertandingan membuat bena. Kelas saya pun tidak terkecuali untuk mengambil bahagian dalam menyiapkan bena.

Sudah dimaklumi oleh semua bahawa pelajar-pelajar kelas saya merupakan pelajar yang bermasalah di dalam kelas dan tidak meminati bidang akademik. Sebagai guru yang bertanggungjawab agak risau samaada mereka boleh memberikan komitmen atau tidak.

Namun, sangkaan saya meleset, setelah diperhatikan mereka merupakan seorang berbakat, rajin dan boleh memberikan komitment jika diberikan tunjuk ajar dan peluang. Berikut merupakan gambar sebelum dan semasa Sambutan Maulidurrasul. Jauh disudat hati saya bangga dengan mereka.


                                             Pelajar ini suka mewarna rupanya, sampai tidak mahu rehat disebabkan asyik    mewarna


                                           
                                            Suka dengan ketekunan pelajar ini, tak sangka merupakan seorang yang teliti.



                                                 
                                                     Pelajar ini pula rupanya mempunyai bakat melukis.

                                           Ini lah hasil keja mereka.


     Bena dari pada kelas 4 HHl 1 dan 2       
                                          Bena dari 4 PLP dan 4 JRA


                                         Pemandangan sewaktu proses penilaian bena.


p/s : Semoga anak muridku menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat... Amin

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails