Monday, September 26, 2011

Tuesday, August 2, 2011

ROSELLE

Kali ini saya ingin kongsikan bersama produk hiliran roselle. Pokok ini telah di tanam pada awal tahun. Alhamdullih telah mengeluarkan hasil yang banyak. Tahniah kepada anak-anak murid ku yang rajin menyiram dan  membaja pokok ini... tak lupa juga kepada rakan sekerja iaitu Cikgu Iden, Cikgu Haji dan  Wan.

Bagi memberi semangat kepada anak-anak murid saya telah mengajak mereka membuat jus roselle (cordial) Alhamdullih menjadi juga akhirnya walaupun ini adalah percubaan pertama saya.


                                           Pokok roselle

                                                       Bunga roelle

                                                    Pelajar sendang memetik kaliks roselle.
                                                    Kaliks atau salut bunga yang digunakan untuk membuat minuman, jeli, halwa atau jeruk.
                                                 

                                          Proses membuang biji pada kaliks roselle.


                                        Saya pun turut membantu untuk membasuh kaliks roselle.


                                           Memasak kaliks dengan menggunakan dapur kayu.
                                         


                                          Ya.. kaliks telah mengeluarkan warna merahnya.


                                          Proses mecampurkan gula.


                                          Lebihan kaliks ini boleh digunakan untuk dibuat jem roselle walaubagaimana pun saya belum ada kesempatan untuk memasakkanya.

                                                    Pati roselle.

                                                    Mari minum air roselle yang segar dari ladang kami.

Monday, May 2, 2011

Pembenihan Ikan Keli Afrika

Hari ni nak berkongsi bersama tentang pembenihan ikan keli Afrika (Clarias gariepinus) yang saya pelajari semasa pelajar-pelajar saya berkursus di PPA Bukit tinggi tempoh hari.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah induk jantan dan betina yang matang, hormon peransang, bulu ayam, kain kasa. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman ini, http://agricultureinmalaysia.blogspot.com/search/label/pembenihan

Pelajar menyuntik hormon bagi meransang kematangan telur induk.

Bulu ayam digunakan kerana ianya lembut.               


Ini piring, pisau, gunting dan kain kasa yang digunakan.


Induk jantan dibalut dengan plastik untuk memudahkan urusan pengeluaran sperma.

Induk jantan dibelah untuk mengeluarkan sperma.
Perbandingan antara sperma sihat dan yang kurang sihat. Yang sihat tu besar sikit.



Proses pengeluaran telur dari induk betina. Induk tersebut akan dilepaskan semula ke dalam kolam induk.




Proses pencampuran sperma dan telur Keli Afrika.

 













Wednesday, April 27, 2011

Kunjungan Istimewa Dari Tetamu Istimewa

Baru-baru ini sekolah saya dikunjungi oleh kanak-kanak Istimewa dari pada kelas pendidikan khas.
Setibanya mereka di perkarangan unit, saya memberikana kata-kata aluan. Ini adalah pengalaman pertama saya dalam pengendalikan pelajar sekolah rendah yang istimewa. Rasa gembira kerana aktiviti ini membuatkan mereka gembira. Perkara pertama yang mereka ingin lihat adalah burung puyuh dan ayan.

Adik-adik yang comel ini telah diajar menanam jagung, melihat ikan, memberi makan ikan, melihat rusa, burung unta dan mengelilingi sekolah dengan menaiki traktor.

                                         Pelajar-pelajar saya menyediakan kawasan penanaman jagung.

                                    "Cikgu buaya..!!!" ujar pelajar tersebut. menurut cikgu pelajar ini mereka pantang tengok air, semuanya ada buaya.

                                           Asyik melihat ikan.



 Pelajar-pelajar saya bersama adik istimewa ini untuk dibahagikan kawasan penanaman.

 Adik ini sedang menanam jagung bersama mentornya.


Pelajar di kolam rusa untuk memberi makan ikan jelawat, talapia, kerai dan lampam.
Ada juga yang sensitif , hrm... anak-anak....

Seronok bergambar sampai terkena kepala orang lain.

 Murid perempuan menaiki traktor yang lain.

 Penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar.

 Sesi fotografi.


p/s: Tahniah kepada guru-guru pendidikan khas kerana sangat sabar melayan mereka yang istimewa ini.

Tuesday, April 19, 2011

MASA HARVEST KANGKUNG

Masa harvest untuk kangkung  (Ipomoea aquatica Forsk)  sudah tiba. Saat yang paling seronok apabila bekerja dengan pertanian adalah masa menuai. Itulah saat yang paling menggembirakan. Maklumlah hari-hari dibelai, disiram, dibaja dan digembur selama hampir sebulan inilah saat-saat yang dinantikan, lebih-lebih lagi para pelajar.

Kangkung mempunyai kandungan vitamin A, vitamin B1, vitamin C, protein, kalsium, fosforos, zat besi, karoten, hentriakontan, dan sitosterol. Kangkung juga boleh digunakan dalam perubatan tradisional seperti mengubati bisul dan memulihkan rambut.

Kangkung yang ditanam di atas batas, tidak la banyak mana.


 Pelajar-pelajar sedang mencabut kangkung.

 Khusyuk pelajar ni mencabut kangkung sampai tak perasan saya ambil gambar agaknya.




 Kangkung yang dibersihkan bagi membuang kotoran.




Menimbang kangkung yang telah siap dibersihkan.
 

Kangkung yang telah siap ditimbang diikat untuk dijual dan dibahagikan kepada pelajar dan selebihnya dijual kepada guru-guru.

 Pelajar-pelajar ini sempat juga mengambil buah pisang dan jantung pisang untuk dibawa pulang ke rumah.


p/s: Berbudi pada tanah

Monday, April 18, 2011

Pendidikan Dari Rumah

Sewaktu pengiringi pelajar bagi menghadiri kursus dahulu, saya berkesempatan untuk tinggal bersama pelajar (5 orang), ini disebabkan tempat tinggal yang terhad. Itu tidak menjadi masalah  kepada saya kerana sudah biasa hidup dalam keadaan yang kurang lengkap.



                                          Gambar hiasan

   " Anira, pergi buang bekas makanan ni sekarang", ujar saya.
   " Baik cikgu." ujar Anira.


Begitulah dialog saya, jika nak menyuruh mereka membuang sampah. Kadang-kadang sampai naik berbuih mulut nak menyuruh mereka membuang sampah. Bukan sampah orang lain, bekas makanan yang mereka makan juga. Pun, tak reti nak buang. Dah siap makan tinggalkan di atas meja sahaja. Huh!! panas hati saya.

'Harap aja muka lawa dan cun tapi perkara basic pun tak pandai nak urus' bisik hati saya.

Saya tak tau masalah apa, saya tak kisah kalu mereka baru sekolah rendah atau menengah rendah. Sayangnya mereka sudah menjangkau 16 dan 17 tahun namun masih bertingkahlaku kebudak-budakan dan tak tahu tanggungjawab.

 Saya masih terfikir di mana silapnya....

Bagi saya sebaik-baik pendidikan adalah bermula daripada rumah.

Thursday, April 14, 2011

Kursus Akuakultur

Baru-baru ini saya berpeluang untuk membawa pelajar-pelajar kelas JRA(Juruteknik Rendah Akuakultur) ke Pusat Pengembangan Akuakultur Bukit Tinggi bagi melakukan Latihan Industri. Latihan industri seperti ini banyak membantu para pelajar memahami isi pelajaran yang diajar. Banyak ilmu yang dipelajari sepanjang berada di sini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan PPA Bukit Tinggi di atas kerjasama dan layanan yang diberikan.  

Kolam simen yang terdapat di PPA.



                              Tenaga pengajar dan pelajar bersedia untuk memukat induk ikan lampam.


                                            Saya pun sempat berposing dengan ikan lampam.


                                            Induk ikan lampam yang diperolehi. Banyak juga kan,,?


                                          Kepah.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails