Monday, April 18, 2011

Pendidikan Dari Rumah

Sewaktu pengiringi pelajar bagi menghadiri kursus dahulu, saya berkesempatan untuk tinggal bersama pelajar (5 orang), ini disebabkan tempat tinggal yang terhad. Itu tidak menjadi masalah  kepada saya kerana sudah biasa hidup dalam keadaan yang kurang lengkap.



                                          Gambar hiasan

   " Anira, pergi buang bekas makanan ni sekarang", ujar saya.
   " Baik cikgu." ujar Anira.


Begitulah dialog saya, jika nak menyuruh mereka membuang sampah. Kadang-kadang sampai naik berbuih mulut nak menyuruh mereka membuang sampah. Bukan sampah orang lain, bekas makanan yang mereka makan juga. Pun, tak reti nak buang. Dah siap makan tinggalkan di atas meja sahaja. Huh!! panas hati saya.

'Harap aja muka lawa dan cun tapi perkara basic pun tak pandai nak urus' bisik hati saya.

Saya tak tau masalah apa, saya tak kisah kalu mereka baru sekolah rendah atau menengah rendah. Sayangnya mereka sudah menjangkau 16 dan 17 tahun namun masih bertingkahlaku kebudak-budakan dan tak tahu tanggungjawab.

 Saya masih terfikir di mana silapnya....

Bagi saya sebaik-baik pendidikan adalah bermula daripada rumah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails