Monday, February 24, 2014

PHUKET.. :)

Assalamualaikum....

Hari ini saya nak kongsi bersama pengalaman saya pergi ke pulau Phuket. Dalam iklan banyak bercerita tentang Phuket jadi aku dan suami pun terpengaruh juga. Nak pegi jauh2 x mampu jadi kita pegi je yang dekat. Masa ini aku mengandung 3 bulan. Alahan ada juga... masih mengekalkan travel agensi yang sama Jaz Holiday Sdn Bhd. Bukan apa tak nak nak pening2...

Hari 01- perjalanan dari LCCT ke  Phuket,
 
Hari 02 - acara bebas,jalan2 Pantai Patong, melihat persembahan akrobatik, melihat persembahan tarian kaca.






Hari 03 -Phi-phi island,  melihat persembahan simon








Hari 04- melawat kilang permata dan balik ke KL 





Saturday, February 22, 2014

TRIP BALI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Saya mulakan entry jalan-jalan dengan trip ke Bali.  Banyak juga pegi jalan2 nanti saya kongsikan sikit2. Trip ke Bali ni kira honeymoon lah.. Teruja n seronok sangat dapat pegi jalan. Dulu zaman belajar x dapat pegi ke Bali ni sebab masa tu ada kes pengeboman jadi hasrat terpaksa dipendam.

Saya dan suami pergi melalui agen pelancongan Jaz Holiday. Banyak juga persiapan yang dibuat. Tapi yang penting kena survey internet sebab banyak maklumat kena diperolehi sebelum pergi ke tempat yang asing.

Pergi sana 5D4N, harga rm1300 seorg, termasuk makan dan transport. Sampai je kat airport dah ada pemandu palancong yang jemput. Untuk hari-hari yang berikutnya rupanya kami ada 2 lagi pasangan lain yang menaiki van yang sama. Satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Kuala Lumpur.

Oleh kerana saya pernah belajar landskap sedikit sebanyak saya meneliti keadaan landskap di Bali. Landskap Bali jadi unik sebab didominasi oleh budaya dan agama mereka. Oleh sebab itu,ada  banyak ukiran, kuil2 hindu dan upacara keagamaan sepanjang jalan. Namun x dinafikan keindahan semulajadi pulau bali itu sendi memang menakjubkan.


HARI  01- ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, dan rehat2

                                          Pemandangan pulau Bali dari udara.

                                          Bilik yang ditempah, romantik kan..? Ada ros lagi..:)

HARI 02 - pertunjukan Tarian Barong,  melihat pembuatan barang kemas (Desa Mas, Celuk dan Ubud),
Gunung Berapi Kintamani,  Tirta Empul ~ puri air suci



Persembahan barongan


Melihat handmade silver.

                        Melihat pemandangan gunung kantamani sambil menjamu selera.

HARI 03 - Puri Tanah Lot,  Puri Alas Kedaton, tanah tinggi Bedugul



persembahan kalicap



 
                                            Matahari terbenam. Cantik kan? Subahanallah..


Hari 04 -  Tg Benoa dan tetamu berpeluang melakukan pelbagai aktiviti air dengan kos sendiri seperti jet ski, banana boat, parasailing dan pelbagai lagi. 

Hari 05 - Balik... x sabar nak balik juga sebab nak cr makan yang best2.
 

Friday, February 21, 2014

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG...

Alhamdulillah... Allah membuka semula hati ini untuk menulis dan membuka semula blog setelah sekian lama tidak membukanya.

Seingat aku semenjak berkahwin pada 2 tahun yang lepas aku tidak pernah membukanya.. Alhamdulillah, aku kira proses adaptasi dah berakhir pada hari ini 21/2/ 2014. Lama kan? Ya... betul kata orang, berkahwin 1-3 tahun pertama adalah proses penyesuaian. Banyak perkara yang berubah dalam hidup aku tapi yang penting perlu ada kesabaran.

Alhamdulillah dalam tempoh tersebut aku dikurniakan seorang puteri dan seorang putera yang sangat comel. Semoga mereka menjadi insan yang solehah dan soleh. Semoga aku dan juga suami ku menjadi ibubapa mitahli.

Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails