Tuesday, September 30, 2014

Saya mahu kurus

Assalamualaikum...

Lama x tengok blog sendiri... Sibuk ngan anak-anak, tugas sebagai isteri, sebagai tenaga pengajar...
Dalam pada sibuk tu, sibuk juga nak makan yang best2... tanpa disedari berat pun semakin meningkat. Memang nak turun kan berat tapi tiada kekuatan.
Tapi secara peribadi saya nak ucapkan terima kasih kepasa blog susu sejat kerana info dan maklumat yang diberikan. Terasa bersemagat pulak,
Semoga saya terus beristiqamah.
Saya mulakan dengan mengambil sedikit sahaja karbohidat dan bermain badminton.

Thursday, April 17, 2014

TAMBAH ILMU


Syukur Alhamdulillah

Allah membuka pintu hati ini untuk menambah ilmu pengetahuan...
Betul ilmu pengetahuan sekarang mudah dapat dimana-mana lebih-lebih lagi di dunia tanpa sempadan ini. Namun ianya masih tak sama jika kita pergi berjumpa dengan guru.

                                          Gambar ni diambil dr web kolej komuniti (sekadar hiasan)

Hari ini saya telah mendaftar di Kolej Komuniti bagi menyertai kursus yang saya minat. Tak sangka banyak juga kursus yang menarik. Rasa macam nak ambil semua je...  Antara kursus yang saya ambil adalah memasang wakaf, memasang jubin, asas solekan, jahitan baju kurung, jahitan langsir dan lain2... Nanti ada kelapangan saya upload gambar okey.


Argh.. x sabar rasanya nak pegi... terima kasih kepada encik suami kerana memahani naluri ini.. :)

Monday, April 7, 2014

Janda baik

Assalamualaikum rakan-rakan blogger..

Minggu ni saya dan family bercuti di Janda Baik.
Ini kali kedua saya datang ke sini, kali pertama adalah sewaktu zaman belajar di universiti bersama-rakan2. Kami berhkemah dan menyertai beberapa aktiviti yang disediakan oleh penganjur. Yang paling best adalah absealing menuruni air terjun. Takut dan teruja sangat. Tapi saya dah lupa kat mana campsite tu...

Day 1-
Hari pertama kami menginap di http://www.cherenginhills.com   . Dah siap chek in tu kami cari tempat tu makan maklumlah sampai dah kul 3.Lapar x terkira perut nie. Pastu kami ambil kesempatan untuk ronda2 sambil tengok persekitaran Janda Baik.

Resort kat cini memang banyak kena pandai pilih ikut cita rasa masing2. Kami pilih Cheringin sebab ada kolam renang senang nak bawa anak mandi.

Petang tu ingat nak mandi-manda sungai  tapi terbantut pula sebab air keruh.. :(
Malam tu hasben buat massage dan saya dan anak2 duduk dalam bilik   je..

Day 2 -
Lepas sarapan, kami mandi manda.. Sarapan kat hotel ni memang best semua sedap bagi saya. Makan pun tak rasa was-was sebab tengok kebanyakkan pekerja warga tempatan.

Lepas siap check out dari Cheringin, saya dan singgah sebentar ke http://hawaresort.com untuk survey. Tapi memandngkan Hawa resort agak menarik kerana dengan sungai kami check in pula Hawa resort. Memang best chelet kami betul2 berhadapan dengan sungai. Buka pintu terus nampak sungai. Rezeki hari ini air dah jernih.. Jom mandi-manda.

Day 3-
Sarapan, mandi- manda n check out... 





Sunday, March 2, 2014

BERSAMA TAPI TAK BERSATU

Satu petang aku dang keluarga ambik kesempatan tuk makan angin di sekitar kawasan esplane Temerloh. Maklumlah dah lama x menghirup udara segar sebab berpantang larang. musin kemarau ni air sungai temerloh pun surut. Sampai nampak pasir.. macam pantai pulak.

Kat FB kawasan kawasan sibuk cakap tiada air dan panis terik. Disebabkan duduk rumah x perasan pulak cuaca berubah. Best juga bersantai petang2 ni sambil tengok pemandangan.

Sambil santai2 tu, sempat pulak menjeling 1 keluarga ni yang duduk berhampiran dengan kami. Si ayah pegang telefon, si emak pegang telefon, si anak-anak (3 orang) bermainlah sesama sendiri. Kesian kan? Bersama tapi x bersatu jiwa. Yang sulung dah besar boleh la menjaga adik. Apalah perasaan anak2 diaorang ya.. Telefon punya pasal. Kadang- kadang ada x bagusnye teknologi ni.. Aku rasa ini penangan dari fb dan wassup. Nasib baiklah aku bukan jenis yang suka berfb n berwassup.  Bila aku dan keluarga nak balik barulah si ayah menghabiskan masa dgn anak2.

Ya Allah peliharalah keluarga ku dari perkara yang tidak baik dan merosakkan....

Monday, February 24, 2014

PHUKET.. :)

Assalamualaikum....

Hari ini saya nak kongsi bersama pengalaman saya pergi ke pulau Phuket. Dalam iklan banyak bercerita tentang Phuket jadi aku dan suami pun terpengaruh juga. Nak pegi jauh2 x mampu jadi kita pegi je yang dekat. Masa ini aku mengandung 3 bulan. Alahan ada juga... masih mengekalkan travel agensi yang sama Jaz Holiday Sdn Bhd. Bukan apa tak nak nak pening2...

Hari 01- perjalanan dari LCCT ke  Phuket,
 
Hari 02 - acara bebas,jalan2 Pantai Patong, melihat persembahan akrobatik, melihat persembahan tarian kaca.






Hari 03 -Phi-phi island,  melihat persembahan simon








Hari 04- melawat kilang permata dan balik ke KL 





Saturday, February 22, 2014

TRIP BALI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Saya mulakan entry jalan-jalan dengan trip ke Bali.  Banyak juga pegi jalan2 nanti saya kongsikan sikit2. Trip ke Bali ni kira honeymoon lah.. Teruja n seronok sangat dapat pegi jalan. Dulu zaman belajar x dapat pegi ke Bali ni sebab masa tu ada kes pengeboman jadi hasrat terpaksa dipendam.

Saya dan suami pergi melalui agen pelancongan Jaz Holiday. Banyak juga persiapan yang dibuat. Tapi yang penting kena survey internet sebab banyak maklumat kena diperolehi sebelum pergi ke tempat yang asing.

Pergi sana 5D4N, harga rm1300 seorg, termasuk makan dan transport. Sampai je kat airport dah ada pemandu palancong yang jemput. Untuk hari-hari yang berikutnya rupanya kami ada 2 lagi pasangan lain yang menaiki van yang sama. Satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Kuala Lumpur.

Oleh kerana saya pernah belajar landskap sedikit sebanyak saya meneliti keadaan landskap di Bali. Landskap Bali jadi unik sebab didominasi oleh budaya dan agama mereka. Oleh sebab itu,ada  banyak ukiran, kuil2 hindu dan upacara keagamaan sepanjang jalan. Namun x dinafikan keindahan semulajadi pulau bali itu sendi memang menakjubkan.


HARI  01- ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, dan rehat2

                                          Pemandangan pulau Bali dari udara.

                                          Bilik yang ditempah, romantik kan..? Ada ros lagi..:)

HARI 02 - pertunjukan Tarian Barong,  melihat pembuatan barang kemas (Desa Mas, Celuk dan Ubud),
Gunung Berapi Kintamani,  Tirta Empul ~ puri air suci



Persembahan barongan


Melihat handmade silver.

                        Melihat pemandangan gunung kantamani sambil menjamu selera.

HARI 03 - Puri Tanah Lot,  Puri Alas Kedaton, tanah tinggi Bedugul



persembahan kalicap



 
                                            Matahari terbenam. Cantik kan? Subahanallah..


Hari 04 -  Tg Benoa dan tetamu berpeluang melakukan pelbagai aktiviti air dengan kos sendiri seperti jet ski, banana boat, parasailing dan pelbagai lagi. 

Hari 05 - Balik... x sabar nak balik juga sebab nak cr makan yang best2.
 

Friday, February 21, 2014

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG...

Alhamdulillah... Allah membuka semula hati ini untuk menulis dan membuka semula blog setelah sekian lama tidak membukanya.

Seingat aku semenjak berkahwin pada 2 tahun yang lepas aku tidak pernah membukanya.. Alhamdulillah, aku kira proses adaptasi dah berakhir pada hari ini 21/2/ 2014. Lama kan? Ya... betul kata orang, berkahwin 1-3 tahun pertama adalah proses penyesuaian. Banyak perkara yang berubah dalam hidup aku tapi yang penting perlu ada kesabaran.

Alhamdulillah dalam tempoh tersebut aku dikurniakan seorang puteri dan seorang putera yang sangat comel. Semoga mereka menjadi insan yang solehah dan soleh. Semoga aku dan juga suami ku menjadi ibubapa mitahli.

Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails