Thursday, April 8, 2010

Nikmat kasih sayang

Hari ini, aku aktiviti PnP aku adalah amali membuat cantuman baji dan keratan rumpun. Walau bagaimanapun latihan amali yang aku jalani telah tamat lebih awal. Maka, pelajar-pelajar aku minta untuk duduk di dalam kelas sahaja. Walau bagaimana pun terdapat segelintir pelajar yang meminta kebenaran untuk membeli air. Bukan aku tidak kasihan tetapi sudah menjadi prosedur sekolah bahawa pelajar tidak dibenarkan untuk membeli air sebelum waktu rehat. Namun terdapat pelajar yang kurang berpuas hati. Aku telah menanyakan kepada mereka kenapa tidak membawa air ke sekolah. Alasan mereka adalah tiada air di asrama. Erm… kasihan mereka… Kadang-kadang aku pun tidak faham kenapa keperluan penting pun tidak dapat disediakan… bagaimana mereka mahu belajar..? Nak mandi, solat, buang air besar….? Kadang-kadang aku juga terdengar bahawa mereka sudah beberapa hari tidak mandi, hanya spray perfume sahaja… Adus!!!! Disaat negara mencapai kemerdekaan keperluan asas untuk anak bangsa pun tidak disediakan… Ya, nampak remeh namun ia memberi kesan kepada physiology pelajar. Mereka pelapis negara seharusnya kita menjaga keperluan rohani dan jasmani mereka baru lah mereka menjadi insan yang gemilang dan terbilang…. Tak gitu? Bagi aku kebajikan pelajar perlu dijaga barulah mereka semangat nak belajar…

Kembali semula kepada pelajar yang tidak dapat membeli air tadi, bagi tidak membuatkan mereka tidak berasa kecewa aku telah memberikan mereka suntikan semangat. Hehehehe…. Macam biasa la… aku telah membawa cerita dari pengalaman aku sendiri.

Aku tidak pasti sama ada mereka suka atau tidak mendengarnya tapi aku nak cerita juga. Aku menceritakan pengalaman aku semasa berada di S.Alam, di mana aku terpaksa survive dengan keadaan yang ada. Semasa tinggal di S.Alam aku terpaksa hidup dalam keadaan yang tertekan kerana tiada duit. Duit yang ada hanyalah cukup untuk makan dan pergi kerja sahaja (perbelanjaan aku pada waktu itu hanyalah RM2 sehari, RM1=air, RM1=tambang bas), selebihnya aku akan masak nasi berlaukkan ikan bilis, telur @ kecek pada rakan2). Aku mengharungi keadaan tersebut lebih kurang 2 1/2 bulan. Terpaksa menebalkan muka dengan meminjam duit dari rakan-rakan. Terpaksa melepaskan interview kerana tiada duit untuk membayar tambang. Terpaksa menahan rasa apabila ada rakan tidak sudi meminjamkan duit walaupun dia baru sahaja terima gaji. Aku telah menguatkan diri aku bahawa ada orang lain yang lagi susah dan ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Namun di sebalik keadaan sukar tersebut akhirnya, aku dapat merasai nikmat yang sebenar Kasih Sayang Allah kepada hambaNya. Aku akhirnya mendapat gaji aku yang berjumlah RM300 itu pun setelah aku bertukar tempat kerja. Sehingga sekarang aku kadang-kadang ingin merasai kembali nikmat tersebut. Betullah Allah mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya…. Kita akan lebih menghargai sesuatu itu apabila kita sukar untuk mendapatkannya.




Semoga anak didik ku mendapat sesuatu melalui cerita ku ini …… Insya-Allah…..Amin….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails