Wednesday, October 7, 2009

Air kopi best punya!!!

Seperti kebiasaannya apa bila cuti semester aku mesti kerja punya.... bukan apa saja menambah duit poket...

Pada suatu hari tue adalah seseorang pelawa aku untuk bekerja sementara (dua hari jer..). Aku  pun setuju la.. gaji yang diberi dah tak ingat dah. Masa tue fikir janji boleh dapat duit boleh la beli 'barang-barang kecil'

Aku diarahkan memasak bagi sebuah kem motivasi untuk murid tahun 6...di kendalikan oleh mahasiswa anak negeri.. Actually, aku tak masak pun.. tetapi pembantu tukang masak (siang ikan, bersihkan ayam, goreng-goreng, potong sayur dan macam2 lagi lah).

Bila time petang, aku diarahkan untuk buat air kopi. Air kopi?!! Erm, antara air yang tak pandai aku buat adalah air kopi sebab kurang minat air ni... Kira kalu dalam list dialah yang paling akhir.

Aku pun memulakan operasi... Masukkan gula dalam tong (bekas dia agak besar), air panas, kopi dan sedikit air sejuk... kemudian cam biasa aku pun mula merasa...

Dalam hati pun berkata " kenapa air ni tak manis... payau jer.. or memang rasa dia cam ni..? erm tambah gula sikit lagi la...."

Untuk menambah rasa ak pun tambah lagi gula.. "Aik..!!! Napa rasa dia cam ni? pelik betul.. erm bagi je la kat budak2 nie.."

Bila masa minum petang aku dan koncu-koncu memberikan setiap kumpulan pelajar 1 jug air dan sedikit kueh..erm x ingat dah kueh 2.. Dah siap minum murid2 tu kasi balik air.. agak pelik kenapa air tak habis....tapi ada yang licin. Tapi aku diamkan aje.

Oleh kerana air tak cukup aku pun bancuh air yang lain .. Masa nilah baru perasan yang 'gula' yang dibekalkan agak halus dan pelik.... pastu aku rasa sedikit 'gula' erm.. rasa seperti ajinomoto... Kemudian bila diselidiki ia betul2 'AJINOMOTO' ish... diaorang oleh beli dalam bentuk kilo... "Alamak, habislah aku..."

Kesian budak2 tue... tak dapt nak bayangkan camna budak2 tu minum air ajinomoto... nasib baik semua murid tiada masalah.. kalu tak naya.. gue.. kenangan nie masih kekal dalam ingatan ku.

Moral :Sebelum buat sesuatu..teliti dulu k...

Tuesday, October 6, 2009

Cinta Sempurna & Kisah Petani Dan Kerbau


 
Gambar hiasan


Drama cinta sempurna saya ikuti setelah mengikuti blog saifulislam (http://saifulislam.blogspot.com) , blog tersebut diikuti setelah salah sorang sahabat yang mengesyorkan.... erm begitu lah... saling berkaitan antara satu dengan yang lain.

Kisah dalam drama tersebut berkaitan dengan seorang ustaz (Ustaz Nazir namanya) yang berusaha berdakwah kepada dua orang adik beradik ini (shila dan abangnya).

Salah satu slot dalam drama tersebut, ustaz telah bertanya kepada shila..
'apa tujuan hidup..?'
'kalu tiada tujuan hidup, samalah dengan lembu yang makan tidur hari-hari'
erm lebih kurang macam tu la kata-kata ustaz tu.....

Tak lama selepas itu.. saya telah membeli majalah mingguan wanita, dan di dalamnya terdapat cerita kisah petani dan kerbau yang mana kisah tesebut secara keseluruhanya membawa kepada tujuan sebuah sebuah kehidupan.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah... pada pertama sekali saya melihat cerita Cinta Sempurna tersebut saya tengok tanpa perasaan yang mendalam, tapi saya tidak menafikan bahawa cerita tersebut memang menarik.

Namun, kisah petani dan kerbau yang saya baca melalui majalah sangat menusuk hati saya...benarlah kata pujangga mata pena itu lebih tajam dari mata pedang... Bukan apa, kadang-kadang kita selalu sebut sesuatu perkataan tanpa mendalami erti sebenar perkataan tersebut.

kaya vs miskin

Kalu kita lihat sekarang ni orang kaya bertambah kaya.. miskin bertambah miskin. Bukan jeles tapi itu lah hakikat yang nyata.

Terasa ingin kaya seperti mereka ada duit banyak.. rumah banglo berbuah-buah, ada ladang yang luas..... , boleh beli apa sahaja yang disukai...

Kadang-kadang jeles juga dengan kawan-kawan, kerana apa yang diinginkan seolah-olah semua dapat.

Sedangkan aku? nak beli sesuatu pun kena tunggu masa bertahun-tahun baru dapat... tak pun tak dapat lansung...masa kecil-kecil dulu pun selalu jer berangan-angan nak jadi kaya...

Jangan salah faham...Erm.. itu pemahaman ku pada masa dahulu... namun sekarang ni aku berasa syukur segala apa yang ada....

Bukan apa, kalu difikirkan balik takut juga kita diakhirat nanti ditanya tentang segala wang dan harta benda dan wang yang telah kita gunakan...

Bukan aku tak mahu kaya-raya macam jutawan tue... kalu diberi memang la nak sangat... tapi kalu dah kaya tu sendiri mau ingat la...janganlah lupa orang di bawah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails