Wednesday, October 7, 2009

Air kopi best punya!!!

Seperti kebiasaannya apa bila cuti semester aku mesti kerja punya.... bukan apa saja menambah duit poket...

Pada suatu hari tue adalah seseorang pelawa aku untuk bekerja sementara (dua hari jer..). Aku  pun setuju la.. gaji yang diberi dah tak ingat dah. Masa tue fikir janji boleh dapat duit boleh la beli 'barang-barang kecil'

Aku diarahkan memasak bagi sebuah kem motivasi untuk murid tahun 6...di kendalikan oleh mahasiswa anak negeri.. Actually, aku tak masak pun.. tetapi pembantu tukang masak (siang ikan, bersihkan ayam, goreng-goreng, potong sayur dan macam2 lagi lah).

Bila time petang, aku diarahkan untuk buat air kopi. Air kopi?!! Erm, antara air yang tak pandai aku buat adalah air kopi sebab kurang minat air ni... Kira kalu dalam list dialah yang paling akhir.

Aku pun memulakan operasi... Masukkan gula dalam tong (bekas dia agak besar), air panas, kopi dan sedikit air sejuk... kemudian cam biasa aku pun mula merasa...

Dalam hati pun berkata " kenapa air ni tak manis... payau jer.. or memang rasa dia cam ni..? erm tambah gula sikit lagi la...."

Untuk menambah rasa ak pun tambah lagi gula.. "Aik..!!! Napa rasa dia cam ni? pelik betul.. erm bagi je la kat budak2 nie.."

Bila masa minum petang aku dan koncu-koncu memberikan setiap kumpulan pelajar 1 jug air dan sedikit kueh..erm x ingat dah kueh 2.. Dah siap minum murid2 tu kasi balik air.. agak pelik kenapa air tak habis....tapi ada yang licin. Tapi aku diamkan aje.

Oleh kerana air tak cukup aku pun bancuh air yang lain .. Masa nilah baru perasan yang 'gula' yang dibekalkan agak halus dan pelik.... pastu aku rasa sedikit 'gula' erm.. rasa seperti ajinomoto... Kemudian bila diselidiki ia betul2 'AJINOMOTO' ish... diaorang oleh beli dalam bentuk kilo... "Alamak, habislah aku..."

Kesian budak2 tue... tak dapt nak bayangkan camna budak2 tu minum air ajinomoto... nasib baik semua murid tiada masalah.. kalu tak naya.. gue.. kenangan nie masih kekal dalam ingatan ku.

Moral :Sebelum buat sesuatu..teliti dulu k...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails