Wednesday, November 18, 2009

Tasik Cini - Satu Pengalaman



Tasik cini dan lagendanya memang tidak dapat dipisahkan...Seingat aku rasanya masa kecil-kecil dulu dia berkaitan dengan naga dan menyebabkan banjir besar di Pahang.




Kami bertolak dari Tanjung Malim-KL-Karak-Chini. Satu pelajalanan yang agak  memenatkan.Masa perjalanan lebih kurang 5 jam.

Inilah pengalaman kali pertama ke Tasik Chini bagi kebanyakkan kami.. Iyalah walaupun aku orang Pahang tapi tidak ada kesempatan untuk  berjalan....




Bila tengok air jer kami semua orang jadi teruja. Kenkadang lupa seketika yang kami semua berbaju kurung  dan berkasut tumit tinggi... Ah!!! ianya tidak jadi masalah... janji dapat naik boat.. yeah..yeah...





Yang pakai baju belang-belang dan pakai cap tu la pemandu pelancong kami. Muda lagi baru berumur 15 tahun!!! "Boleh ker adik ni bawak..?" soalan kami kepada rakannya. Iyalah, dah la kecil, kurus plak tu...Risau juga dalam hati...

Masalah yg kedua adalah.... life jaketnya... yang agak menyedihkan... rasanya kalu masuk dalam air kami dah tak timbul-timbul (life jaket tak x da zip dan koyak..waaaaaaa...... nak nangis rasa...)

Tapi disebabkan excited nak naik boat di Chini itu semua tidak menjadi halangan.... sedangkan semua tidak pandai berenang kecuali adik yang bawak kami kot...



Secara peribadi keadaan kawasan tersebut agak menyeramkan juga... mungkin sebab terdapat lumut...teratai...pokok yg seperti spesis mengkuang...rasa macam cerita anakoda pun ada...eii seram..

Bagi pendapat aku species hidupannya agak vieraty. Agak berbeza dengan tasik buatan yang pernah aku  pergi sebelum ini.





Kemudian, kami singgah sebentar di perkampungan orang asli, Kg Chendahan namaya.... Rasa macam kat "Program Bersamamu " pun ada....



Dalam pada tu ada juga yang hampir terbawak balik ratai buah getah tu..Adoi patutla adik yang jaga sumpit tu pandang jer .

Tapi yang paling best adik yang cilik tu bleh wat drif tu..."Cayah lah dik!"...tu la dia kecil-kecil cili padi..

Setelah bermalam di Muadzam, akhirnya kami blik balik ikut, negeri 9-KL-Tanjung Malim. Diucapkan syabas kepada driver kerana dapat menambahkan kecekapan memandu...

Sebenarnya tiada yang susah dalam  hidup ini jika dibuat dengaan hati yang gembira dan tenang.




p/s : Kepada Wahida,Firdaus,K.Zam,Balqis dan Chik bila lagi nak jenjalan..? Peta dah ada tu..

4 comments:

  1. Bila lagi nak g jalan..? nak itot..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails