Saturday, February 22, 2014

TRIP BALI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG

Saya mulakan entry jalan-jalan dengan trip ke Bali.  Banyak juga pegi jalan2 nanti saya kongsikan sikit2. Trip ke Bali ni kira honeymoon lah.. Teruja n seronok sangat dapat pegi jalan. Dulu zaman belajar x dapat pegi ke Bali ni sebab masa tu ada kes pengeboman jadi hasrat terpaksa dipendam.

Saya dan suami pergi melalui agen pelancongan Jaz Holiday. Banyak juga persiapan yang dibuat. Tapi yang penting kena survey internet sebab banyak maklumat kena diperolehi sebelum pergi ke tempat yang asing.

Pergi sana 5D4N, harga rm1300 seorg, termasuk makan dan transport. Sampai je kat airport dah ada pemandu palancong yang jemput. Untuk hari-hari yang berikutnya rupanya kami ada 2 lagi pasangan lain yang menaiki van yang sama. Satu pasangan dari Jakarta dan satu lagi dari Kuala Lumpur.

Oleh kerana saya pernah belajar landskap sedikit sebanyak saya meneliti keadaan landskap di Bali. Landskap Bali jadi unik sebab didominasi oleh budaya dan agama mereka. Oleh sebab itu,ada  banyak ukiran, kuil2 hindu dan upacara keagamaan sepanjang jalan. Namun x dinafikan keindahan semulajadi pulau bali itu sendi memang menakjubkan.


HARI  01- ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, dan rehat2

                                          Pemandangan pulau Bali dari udara.

                                          Bilik yang ditempah, romantik kan..? Ada ros lagi..:)

HARI 02 - pertunjukan Tarian Barong,  melihat pembuatan barang kemas (Desa Mas, Celuk dan Ubud),
Gunung Berapi Kintamani,  Tirta Empul ~ puri air suci



Persembahan barongan


Melihat handmade silver.

                        Melihat pemandangan gunung kantamani sambil menjamu selera.

HARI 03 - Puri Tanah Lot,  Puri Alas Kedaton, tanah tinggi Bedugul



persembahan kalicap



 
                                            Matahari terbenam. Cantik kan? Subahanallah..


Hari 04 -  Tg Benoa dan tetamu berpeluang melakukan pelbagai aktiviti air dengan kos sendiri seperti jet ski, banana boat, parasailing dan pelbagai lagi. 

Hari 05 - Balik... x sabar nak balik juga sebab nak cr makan yang best2.
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails