Thursday, April 17, 2014

TAMBAH ILMU


Syukur Alhamdulillah

Allah membuka pintu hati ini untuk menambah ilmu pengetahuan...
Betul ilmu pengetahuan sekarang mudah dapat dimana-mana lebih-lebih lagi di dunia tanpa sempadan ini. Namun ianya masih tak sama jika kita pergi berjumpa dengan guru.

                                          Gambar ni diambil dr web kolej komuniti (sekadar hiasan)

Hari ini saya telah mendaftar di Kolej Komuniti bagi menyertai kursus yang saya minat. Tak sangka banyak juga kursus yang menarik. Rasa macam nak ambil semua je...  Antara kursus yang saya ambil adalah memasang wakaf, memasang jubin, asas solekan, jahitan baju kurung, jahitan langsir dan lain2... Nanti ada kelapangan saya upload gambar okey.


Argh.. x sabar rasanya nak pegi... terima kasih kepada encik suami kerana memahani naluri ini.. :)

Monday, April 7, 2014

Janda baik

Assalamualaikum rakan-rakan blogger..

Minggu ni saya dan family bercuti di Janda Baik.
Ini kali kedua saya datang ke sini, kali pertama adalah sewaktu zaman belajar di universiti bersama-rakan2. Kami berhkemah dan menyertai beberapa aktiviti yang disediakan oleh penganjur. Yang paling best adalah absealing menuruni air terjun. Takut dan teruja sangat. Tapi saya dah lupa kat mana campsite tu...

Day 1-
Hari pertama kami menginap di http://www.cherenginhills.com   . Dah siap chek in tu kami cari tempat tu makan maklumlah sampai dah kul 3.Lapar x terkira perut nie. Pastu kami ambil kesempatan untuk ronda2 sambil tengok persekitaran Janda Baik.

Resort kat cini memang banyak kena pandai pilih ikut cita rasa masing2. Kami pilih Cheringin sebab ada kolam renang senang nak bawa anak mandi.

Petang tu ingat nak mandi-manda sungai  tapi terbantut pula sebab air keruh.. :(
Malam tu hasben buat massage dan saya dan anak2 duduk dalam bilik   je..

Day 2 -
Lepas sarapan, kami mandi manda.. Sarapan kat hotel ni memang best semua sedap bagi saya. Makan pun tak rasa was-was sebab tengok kebanyakkan pekerja warga tempatan.

Lepas siap check out dari Cheringin, saya dan singgah sebentar ke http://hawaresort.com untuk survey. Tapi memandngkan Hawa resort agak menarik kerana dengan sungai kami check in pula Hawa resort. Memang best chelet kami betul2 berhadapan dengan sungai. Buka pintu terus nampak sungai. Rezeki hari ini air dah jernih.. Jom mandi-manda.

Day 3-
Sarapan, mandi- manda n check out... 





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails