Pada 23-24 hb Jan saya telah mengikuti krusus Bina Insan Guru. Banyak juga pengalaman yang dikutip melalui program itu.... Antara slot yang saya suka adalah menyanyikan lagu yang bertajuk HARGA REMAJA... lagu ini sangat meninggalkan kesan kepada diri saya yang mana saya merasakan masa remaja saya disiakan begitu sahaja. Berikut merupakan lirik lagu tersebut :-
Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan
Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah
Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
p/s : hargai setiap saat yang kita ada...
Perjalanan hidup memang sukar untuk difahami, namun hargailah apa yang kita ada supaya kita sentiasa cukup dan rasa bersyukur kepadaNya
Monday, January 25, 2010
Saturday, January 9, 2010
Pembelajaran Yang Bermakna
Pembelajaran yang bermakna....
Saya nak imbas kembali satu kata-kata seorang guru saya dahulu. Kata-kata ini menjadi salah satu prinsip hidup saya. Kata-kata ini, diberi semasa ucapan perhimpunan sekolah nama beliau adalah En.Riduan, beliau merupakan GPK di sekolah saya. Pada waktu itu, saya di menengah rendah (tahun 1997) jika saya tidak silap.
Gambar hiasan
Kata-kata beliau adalah....' PERMULAAN YANG BAIK, AKAN MENGHASILKAN PENGAKHIRAN YANG BAIK' . Kata-kata ini masih saya pegang hingga ke hari ini....
Dalam sistem persekolahan di Malaysia, ramai guru-guru agak nya melupakan perkara-perkara yang sebegini, yang mana pembelajaran yang memberi makna kepada pelajar. Walaupun 1 ayat namun ianya memberikan kesan terhadap pelajar. Namun, ianya tidak boleh dipersalahkan kepada guru 100% kerana bagi masyarakat sekolah yang berkesan apabila murid mendapat pencapaian akademik yang cemerlang.
Oleh itu, secara tidak lansung guru berusaha untuk mencapai kehendak masyarakat. Maka, lahirlah... masyarakat yang dapat kita lihat pada hari ini dengan pelbagai masalah..... salah siapa??.... Ini semuanya disebabkan pembelajaran yang tiada makna dalam diri mereka.... Jika ada pun hanya sedikit... mereka tidak faham kenapa perlunya belajar sesuatu perkara tersebut....Alangkah ruginya kita.. menghabiskan bertahun-tahun (minina 11 tahun) di alam persekolahan namun hanya sedikit sahaja yang diperolehi untuk bekalan kehidupan, itu belum untuk bekalan ke alam akhirat lagi.. bertapa ruginya...
Kesimpulanya pembelajaran yang bermakna adalah penting dalam diri pelajar untuk membentuk jati mereka.
p/s : Guru pelita hidup... terima kasih cikgu

Subscribe to:
Posts (Atom)