Wednesday, April 27, 2011

Kunjungan Istimewa Dari Tetamu Istimewa

Baru-baru ini sekolah saya dikunjungi oleh kanak-kanak Istimewa dari pada kelas pendidikan khas.
Setibanya mereka di perkarangan unit, saya memberikana kata-kata aluan. Ini adalah pengalaman pertama saya dalam pengendalikan pelajar sekolah rendah yang istimewa. Rasa gembira kerana aktiviti ini membuatkan mereka gembira. Perkara pertama yang mereka ingin lihat adalah burung puyuh dan ayan.

Adik-adik yang comel ini telah diajar menanam jagung, melihat ikan, memberi makan ikan, melihat rusa, burung unta dan mengelilingi sekolah dengan menaiki traktor.

                                         Pelajar-pelajar saya menyediakan kawasan penanaman jagung.

                                    "Cikgu buaya..!!!" ujar pelajar tersebut. menurut cikgu pelajar ini mereka pantang tengok air, semuanya ada buaya.

                                           Asyik melihat ikan.



 Pelajar-pelajar saya bersama adik istimewa ini untuk dibahagikan kawasan penanaman.

 Adik ini sedang menanam jagung bersama mentornya.


Pelajar di kolam rusa untuk memberi makan ikan jelawat, talapia, kerai dan lampam.
Ada juga yang sensitif , hrm... anak-anak....

Seronok bergambar sampai terkena kepala orang lain.

 Murid perempuan menaiki traktor yang lain.

 Penyampaian cenderamata kepada wakil pelajar.

 Sesi fotografi.


p/s: Tahniah kepada guru-guru pendidikan khas kerana sangat sabar melayan mereka yang istimewa ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails