Tuesday, February 15, 2011

pelajar sekarang

Setelah amali hampir berakhir barulah 3 orang pelajar lelaki baru masuk kelas.

" Amir, Zakuan, Rahim kenapa kamu lewat masuk kelas?"  Soal saya.
" Ada urine test td cikgu." Ujar Zakuan.
"Betul Amir?" soal saya untuk mendapatkan kepastian.
" Betul cikgu" ujar Amir.

Setika kemudian, saya lihat Zakuan bebisik-bisik dengan belajar lain.

" Kenapa tu? Tak perlu kamu risau tentang urine test kalu kamu tidak bersalah" ujar saya kepada Zakuan.
" Baik cikgu. " ujar Zakuan




Disebabkan PnP hampir berakhir saya mengambil kesempatan untuk berbual-bual dengan  pelajar saya berkaitan dengan isu tadi. Saya bertanya kepada pelajar tentang rokok dan dadah. Adakah mereka mengetahui, pernah mencuba atau ketagihan.

Namun, sungguh mengejutkan saya bahawa mereka sememangnya merokok. Namun apa yang menyedihkan saya mereka mula merokok semenjak sekolah rendah lagi! Darjah 3!.... fuh! Macam tidak percaya. Menurut salah seorang pelajar itu, semasa darjah enam dia dah cuba dadah, rokok dan juga arak. Erm.... suatu situasi yang diluar jangkaan saya. Menurut mereka sekadar suka-suka untuk mencuba.

Ada juga pelajar, menyatakan mereka kenal tekong2 yang jual dadah ni. Malah, mereka tahu bagaimana hendak 'melayan' benda-benda 'alah' tersebut melalui cara mereka bercerita kepada saya. Erm... terpana saya seketika..... Bagi saya remaja hari ini menghadapi masalah yang sangat kronik.

Anak-anak generasi sekarang menghadapi cabaran yang sangat getir dan hebat... Akhirnya saya bertanyakan kepada mereka apa yang perlu dibuat supaya tidak terjebak dengan perkara yang negatif. salah seorangnya berkata "jangan bagi keluar umah cikgu" ujar pelajar saya. Erm.... camna tu...?

p/s: Allah selamat dan lindungilah anak-anak muridku, dan bimbinglah mereka supaya mennjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat. Amin....

2 comments:

  1. setiap zaman ada cabarannya. anak muda sekarnag cabarannya lebih terbuka. silap langkah memang mudah terjebak. peranan ibu bapa,keluarga dan sedara mara sangat penting. takboleh lepas tangan saja

    ReplyDelete
  2. Betul tu en hisyam... semoga Allah selamatkan mereka....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails