Wednesday, January 26, 2011

Koi..Koi....

" Muna, orang Pahang cakap saya tu koi ye......?" ujar rakan ku Cipu namanya.....
" Ha'a, tapi biasanya yang guna koi tu orang Temerloh. Kalu orang dari tempat aku biasanya kaweh, keh, kome atau saya...."
" Oooo... macam tu..." Balas Cipu.
" Koi tu sebenarnya nama kampung aku la...."
" Aik... dulu hang kata hang duduk kampung Ulu Cheka..."
" Ye la...kalu ngan orang luar aku lebih suka cakap kampung Ulu Cheka sebab orang lebih kenai. Kalu Kg Koi orang luaq tak berapa kenai."
" Kampung aku tu orang asli bagi nama, koi bermaksud perlahan. Kat kampung ada bukit yang boleh tahan juga tingginya. Jadi, untuk mendaki bukit tersebut terpaksa berjalan koi..koi.... hehehehe..." terang ku pada Cipu.
" Nama kampung aku pula sebenaq nya Kampung Ribut. Masa aku kecil2 dulu selalu ada ribut. Sampai melayang atap rumah aku...."
" Ooo.. padan la hang buat kerja macam ribut.... Tup-tup dah siap. Duduk kat kampung ribut rupanya.... hehehe" ujar ku kepada Cipu.
" Hang tu sama gak.... patutlah wat kerja slow rupanya duduk kat kampung koi... hehehe" ujar Cipu.
" Kureng asam hang Cipu... alih-alih kenakan aku plak.' Bisik hatiku.


 Itu cerita dulu masa aku muda-muda dulu yang sebenarnya kurang tepat.....
Memang benar Kampung Koi diberi nama oleh orang asli yang bermaksud perlahan. Tapi mereka berjalan perlahan bukanlah kerana bukit yang tinggi tetapi untuk mengelakkan diri dari disedari oleh haiwan buas apabila melalui kawasan ini. Di dalam kawasan ini terdapat kawasan yang mana tanahnya agak masin. Kawasan ini dipanggil jenut. Kawasan jenut ini di gemari oleh haiwan luas untuk mejilat tanahnya atau mengintai mangsa.

Erm... begitulah alkisahnya asal usul nama Kampung Koi...


Sumber : Sejarah Ringkas Pembukaan Kampung Dalan Mukim Ulu Cheka oleh Hj Akim Bin Hussin (2004)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails