Monday, March 1, 2010

Assalamualaikum Cikgu......

Semalam, 1 March 2010 saya telah melapor diri di salah sebuah sekolah menengah di negeri sembilan. Rasa gugup takut dan tidak keruan pada pagi tersebut. Walaupun mempunyai pengalaman menjadi  GSTT namun rasa gugup tetap terasa. Pagi-pagi lagi saya dan rakan-rakan berjumpa dengan GPK dan sama-sama ke tapak perhimpunan. Terima kasih kepada sekolah ini kerana menerima kami dalam 'Kembara Mencari Ilmu'.

Betul kata orang 'lain padang, lain belalang', 'banyak orang, banyak ragam', 'differentiated' dan apa-apa sahaja yang seumpa dengannya yang menunjukkan kepelbagaian. Allah juga telah berfirman bahawa beliau menjadikan manusia adalah untuk mengenali antara satu dengan yang lain.

Kadang-kadang terasa ingin membandingkan sekolah ini dengan sekolah-sekolah yang pernah saya ajar dahulu. Sudah pasti apa bila wujudnya perbandingan kita lebih terarah untuk mengingati perkara yang lepas, dan merasakan sekolah yang lama adalah lebih baik. Sedangkan semasa berada di sekolah yang terdahulu saya saya merasakan sekolah tersebut adalah teruk.

Begitulah, manusia sentiasa tidak puas dengan apa yang ada. Kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita telah kita perolehi. Kita seharusnya tidak selalu membandingkan dengan yang lain lebih baik dari apa yang kita perolehi. Jika ini berlaku wujudlah rasa tidak puas hati dalam diri kita.

p/s : Hargai apa yang kira ada... dan terima seadanya...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails