Saturday, December 5, 2009

Rumah Tradisional Pahang


Dalam melawan arus pembanguan ramai yang tak tahu rekabentuk rumah Melayu Pahang.Terletak di Kapung Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Rasa-rasanya, orang Pahang pun tak tau. Kat Pahang ni rasanya dah pupus dah rumah ini bukan apa semuanya berlumba-lumba buat umah batu....


 Ini lah dia rumah tradisional Pahang 'bumbung dua lapis bentuk bujang'.
Dinding dia diperbuat dari kulit pokok kepong.


 
 Ini la alatan yang digunakan untuk membuat rumah tersebut. Cuba fikirkan camna orang zaman dulu boleh buat rumah guna alatan ni..


Ini adalah ruangan selasar. Biasanya tetamu duduk kat bahagian ini.
Best woo.... memang sejuk la angin memang sentiasa ada. Tak perlu pakai kipas.

 Dari ruangan selasar tu kita boleh melihat pemandangan ke arah Bukit Bongkok.
Sangat mendamaikan... tiada di mana-mana.



Ini adalah pelan rumah tersebut.

Sebenarnya, bagi orang Melayu, lokasi sesebuah rumah itu  penting. Kalu kita perasan la kan.... rumah orang dulu-dulu sentiasa berangin dan sejuk je...Ini  menunjukkan mereka sebenarnya pandai tapi masalahnya ilmunya tidak dibukukan aje...

p/s : Jangan lupakan warisan dan peninggalan nenek moyang kita.


1 comment:

  1. salam..sy nk tau lebih detail pasal rumah nie..mcm mne sy nak dapatkan maklumat nie?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails