Sunday, December 20, 2009

Renggam


Masih mencari-cari idea untuk post yang terbaru. Tetiba terjumpa gambar lama. Bukan saya suka melihat perkara lalu dan tidak suka pada pembangunan, cuma nak kongsi bersama pengetahuan yang ada.

Kali ini saya memperkenalkan renggam. Rasanya ramai yang tidak kenal dan tidak tahu. Penggunaan renggam ini adalah untuk memotong tangkai padi. Ia merupakan alatan terawal untuk memotong padi sebelum  sabit digunakan.



Struktur asasnya adalah ringkas iaitu bilah pisau
dan pemegang yang diperbuat daripada kayu.



Cara memengang renggam.



Cara menggunakan renggam.

Saya rasa aktiviti seperti inilah yang perlu diperkenalkan kepada pelancong asing. Bukanya Eye-On-Malaysia atau shopping kompleks sebab di  negara mereka lagi besar dan lagi hebat. Kita seharusnya mengekalkan keunikan kita dan tidak mudah terpengaruh dengan budaya orang lain.


p/s: I love Malaysia



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails