Wednesday, May 6, 2015

PULAU PERHENTIAN

Jalan-jalan kali ini agak menarik kerana encik hubby (tq encik hubby) membawa saya dan keluarga pergi ke sebuah pulau di Terengganu iaitu Pulau Perhentian. Siapa sangka, impian saya untuk pergi ke pulau tersebut sejak lama dahulu tercapai ...Alhamdulillah.... kadang-kadang perkara yang tidak dirancang ni best juga kan..?

Kali ini kami mengambil pakej juga walaupun berada di Malaysia. Kami mengambil pakej dengan agensi Pulau Perhentian Resort dengan harga RM450.00/person dengan 3hari  2 malam termasuk makan 3 kali sehari. Agak mahal, namun saya rasa berbaloi dengan pengalaman yang saya lalui perkhidmatan yang disediakan. Lebih2 lagi saya membawa emak dan 2 anak yang masih kecil berusia 2tahun 8bulan dan 1 tahun3bulan.

 Saya sangat2 mensyorkan anda datang ke sini kerana suasana kawasan yang tenang, air laut yang jernih, terdapat pelbagai jenis ikan berhampiran dengan resort, tempat untuk snorkeling dekat, mudah mandi-manda.

day 1 - perjalanan dari pahang ke besut (jauh jugak... huhuhu)
         - sampai di besut dan naik boat ke Pulau perhentian resort (30 minit)
         -rehat2 di resort dan mandi laut





day 2 -  pagi : snorkeling di coral point, turtle point, fish point
             petang : bagi makan ikan, tengok survenier kat kampung, tengok sunset
              * bayaran tuk aktiviti di atas adalah asing dari pakej.










day 3 -  mandi lagi,dan bergerak balik
  


= PIR tunggu aku datang lagi...

2 comments:

  1. Hey, this is a great post, so clear and easy to understand. All your hard work is much appreciated.
    pba malaysia
    hose reel system malaysia
    fire safety training malaysia/a>

    ReplyDelete
  2. Great post. Looking forward to reading more. Thanks for taking the time to write this.
    data backup
    disaster recovery
    cloud backup service malaysia

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails