Wednesday, May 6, 2015

PULAU PERHENTIAN

Jalan-jalan kali ini agak menarik kerana encik hubby (tq encik hubby) membawa saya dan keluarga pergi ke sebuah pulau di Terengganu iaitu Pulau Perhentian. Siapa sangka, impian saya untuk pergi ke pulau tersebut sejak lama dahulu tercapai ...Alhamdulillah.... kadang-kadang perkara yang tidak dirancang ni best juga kan..?

Kali ini kami mengambil pakej juga walaupun berada di Malaysia. Kami mengambil pakej dengan agensi Pulau Perhentian Resort dengan harga RM450.00/person dengan 3hari  2 malam termasuk makan 3 kali sehari. Agak mahal, namun saya rasa berbaloi dengan pengalaman yang saya lalui perkhidmatan yang disediakan. Lebih2 lagi saya membawa emak dan 2 anak yang masih kecil berusia 2tahun 8bulan dan 1 tahun3bulan.

 Saya sangat2 mensyorkan anda datang ke sini kerana suasana kawasan yang tenang, air laut yang jernih, terdapat pelbagai jenis ikan berhampiran dengan resort, tempat untuk snorkeling dekat, mudah mandi-manda.

day 1 - perjalanan dari pahang ke besut (jauh jugak... huhuhu)
         - sampai di besut dan naik boat ke Pulau perhentian resort (30 minit)
         -rehat2 di resort dan mandi laut





day 2 -  pagi : snorkeling di coral point, turtle point, fish point
             petang : bagi makan ikan, tengok survenier kat kampung, tengok sunset
              * bayaran tuk aktiviti di atas adalah asing dari pakej.










day 3 -  mandi lagi,dan bergerak balik
  


= PIR tunggu aku datang lagi...

Saturday, April 4, 2015

BUKIT GAMBANG SAFARI PARK

Assamualaikum...
Cuti sekolah baru-baru ni saya telah membawa anak-anak ke Bukit Gambang Safari Park, Kuantan. Disebabkan anak-anak saya masih kecil jd saya x masuk water park. Ini adalah kujungan pertama saya ke Bukit Gambang. Bagi sesiapa yang sukakan alam semula jadi ini lah tempatnya...
Bayaran masuk tak ingat pulak rm35/sorang rasanya..








Tuesday, September 30, 2014

Saya mahu kurus

Assalamualaikum...

Lama x tengok blog sendiri... Sibuk ngan anak-anak, tugas sebagai isteri, sebagai tenaga pengajar...
Dalam pada sibuk tu, sibuk juga nak makan yang best2... tanpa disedari berat pun semakin meningkat. Memang nak turun kan berat tapi tiada kekuatan.
Tapi secara peribadi saya nak ucapkan terima kasih kepasa blog susu sejat kerana info dan maklumat yang diberikan. Terasa bersemagat pulak,
Semoga saya terus beristiqamah.
Saya mulakan dengan mengambil sedikit sahaja karbohidat dan bermain badminton.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails